Majlis Perasmian Shen Jai Confucius Institute dan Mesyuarat Kolaborasi Antara Xidian University, China dan Kolej FELCRA
Satu majlis perasmian Shen Jai Confucius Institute telah diadakan di Ipoh pada 7 Ogos 2023. Majlis ini turut dirasmikan oleh Speaker DUN Perak , Datuk Muhammad Zahir Abdul Khalid. Turut sama-sama menghadiri perasmian ini ialah delegasi dari Kolej FELCRA iaitu Tuan Haji Eisa Bin Mohamed, Ketua Eksekutif Kolej FELCRA dan Encik Syahrizan Bin Zainan, Ketua Bahagian Hal Ehwal Akademik.
Disebelah petang pula telah diadakan sesi perbincangan antara Xidian University, China dengan Kolej FELCRA bagi bertukar pendapat dan idea terhadap penggunaan teknologi AI dalam perladangan.
MAJLIS PERASMIAN SHEN JAI CONFUCIUS INSTITUTE
