PROGRAM latihan kemahiran & kerjaya

penerangan setiap bidang

Bidang yang menawarkan program yang membolehkan rekaan fesyen, termasuk rekabentuk, ilustrasi, lakaran pola, pembuatan pakaian dan keusahawanan. Kursus rekabentuk dijalankan di dalam kelas dan kursus pembuatan pakaian dijalankan dalam bengkel. Program ini memberi tumpuan kepada pengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan mesin, penggunaan teknik, pemilihan bahan-bahan, warna dan tekstur. Selain itu, penyelidikan, pemerhatian dan eksperimen amat diutamakan untuk menghasilkan produk.

Melalui penilaian akhir, pelatih akan dinilai berdasarkan bakat dan kebolehan yang dimiliki serta kemahiran yang mereka pelajari sepanjang program. Mereka juga digalakkan untuk mencambahkan idea-idea kreatif bagi mencipta gaya tersendiri dalam rekaan jahitan pakaian dan langsir industri moden. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelatih ke alam pekerjaan dan membuka perniagaan sendiri berdasarkan Persijilan Kompetensi :

  • Sijil Kompetensi Jahitan Langsir industri
  • Sijil Kompetensi Jahitan Pakaian Wanita

Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelatih dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan bakat, aspirasi dan kebolehan yang boleh digunakan untuk pelbagai kerjaya dalam industri fesyen.

  • Fashion Design & Production  Fashion Designer
  • Costume Designer
  • Design Room Assistant
  • Production Supervisor
  • Pattern Maker
  • Sample Maker
  • Entrepreneur
  • Assistant Visual Merchandiser
  • Fashion Illustrator
  • Assistant Event Coordinator
  • Wardrobe Assistant
  • Embroiderer

Bidang yang menawarkan program yang membolehkan pelatih mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang ICT dan Multimedia. Program Multimedia Kreatif  ini dibentuk bertujuan melatih pelajar dalam bidang  media cetak dan teknologi pengiklanan secara praktikal, selari dengan perkembangan teknologi terkini. Program ini memfokuskan kepada rekabentuk grafik, penerbitan audio video,game dan kemahiran asas dalam amalan perancangan dan strategi pengiklanan. Prinsip dalam asas fotografi, seni dan rekabentuk, dan tipografi juga diterapkan untuk menggalakkan penghasilan pemikiran kreatif dan rekaan visual dalam persembahan.

Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelatih ke alam pekerjaan dan membuka perniagaan sendiri berdasarkan Persijilan Kompetensi :

  • Sijil Kompetensi 3D Animation
  • Sijil Kompetensi Game development

Bidang yang menawarkan program yang membolehkan pelatih mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang  Kecantikan & Kesihatan. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelatih ke alam pekerjaan dan membuka perniagaan sendiri berdasarkan Persijilan Kompetensi :

  • Sijil Kompetensi Gunting Rambut Lelaki
  • Sijil Kompetensi Gunting Dandanan dan Pengayaan Rambut Lelaki
  • Sijil Kompetensi Spa dan Kecantikan
  • Sijil Kompetensi Make-up Artist

Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelatih dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:

  1. Teknik dan kaedah melaksanakan rawatan kulit muka, spa tangan dan kaki, persolekan air brush, pengurusan spa dan projek.
  2. Mendedahkan pelatih kepada aspek-aspek keusahawan supaya dapat mewujudkan peluang perniagaan dalam bidang yang berkaitan.
  3. Memberi pendedahan kepada pelatih mengenai cara komunikasi yang berkesan.
  4. Memastikan pelatih mahir dengan kaedah dan teknik menggunakan mesin yang betul dan berkesan mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.
  5. Membantu dalam memantapkan lagi kemahiran pelajar dalam bidang rawatan kulit muka, spa dan persoleka serta rambut.
  6. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara pengurusan spa atau perniagaan dan projek.

Bidang yang menawarkan program yang membolehkan pelatih mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang  Kejuruteraan mekanikal menggunakan Kejuruteraan, Fizik, Matematik Kejuruteran dan juga prinsip Sains bahan untuk merancang, menganalisis, mengeluarkan dan menyelenggara system mekanikal.

Kejuruteraan Mekanikal ini merupakan bidang pembelajaran yang sangat mencabar dan menerapkan pembelajaran secara praktikal serta teori. Kejuruteraan mekanikal ini akan membina dan menganalisis kenderaan bermotor, pemanasan dan penyejukan sistem, kilang pembuatan, peralatan industri, jentera, robotik, peranti perubatan, tenaga alternatif dan banyak lagi. Kejuruteraan mekanikal ini mempunyai beberapa sub bidang dibawahnya seperti Kejuruteraan Pembuatan, Kejuruteraan Automotif, Kejuruteraan Loji dan Kejuruteraan Plastik. Ianya berada dalam skop yang sama tetapi dalam pengkhususan yang berbeza.

Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelatih ke alam pekerjaan  berdasarkan Persijilan Kompetensi :

  • Sijil Kompetensi Terminal Tractor Operator
  • Sijil Kompetensi Sistem Lif Penumpang
  • Sijil Kompetensi 6G Welder
  • Sijil Kompetensi Painting & Blasting
  • Sijil Kompetensi Juruteknik Automotif
  • Sijil Kompetensi Juruteknik motosikal

Bidang yang menawarkan program untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran komprehensif dalam operasi hotel dan katering serta kemahiran pengurusan dan peribadi untuk berjaya dari peringkat bawahan hinggalah ke peringkat penyeliaan. Dalam seni kulinari, pelatih akan membangunkan kebolehan untuk menunjukkan dan menguruskan penyediaan makanan mengikut standard antarabangsa yang telah dikenali serata dunia.

 Selama tempoh latihan, pelatih  akan menjalani semua aspek dalam industri hospitaliti seperti kemahiran tinggi dalam penyediaan dapur dan organisasi, pengetahuan produk makanan, pembuatan kuih-muih (patisserie), pembinaan menu, pengurusan makanan dan minuman serta penginapan, barista, caddy gold dan bellman di hotel. Kurikulum juga menekankan terhadap kompetensi yang berkaitan dengan komunikasi efektif, hubungan sesama manusia dan kepelbagaian budaya. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelatih ke alam pekerjaan dan membuka perniagaan sendiri berdasarkan Persijilan Kompetensi :

  • Sijil Kompetensi Caddy Golf
  • Sijil Kompetensi Bellman
  • Sijil Kompetensi Hospitaliti & Kulinari
  • Sijil Kompetensi Barista
  • Sijil Kompetensi Pembuatan Kek & Pastri

 

Bidang yang menawarkan program yang membolehkan pelatih mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang  Pembangunan Sosial dan Profesional. Kursus yang direka bentuk bagi mengembangkan kemahiran pengetahuan profesional dan sikap pelatih agar mereka berupaya meningkatkan pengetahuan dan pembelajaran baru berdasarkan kursus yang dipilih. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelatih ke alam pekerjaan dan membuka perniagaan sendiri berdasarkan Persijilan Kompetensi :

  • Sijil Kompetensi Asas Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak
  • Sijil Kompetensi Penjagaan Warga Emas
  • Sijil Kompetensi Pengiring Rapat Bersenjata
  • Sijil Preparatory Cabin Crew & Airline Customer Service
  • Sijil Kompetensi Peruncitan

Bidang yang menawarkan program yang membolehkan pelatih mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang  Pertanian dan Perladangan. Objektif kursus bagi membangunkan standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) bagi industri pertanian negara yang merangkumi sektor pertanian negara yang merangkumi sektor tanaman makanan, tanaman ladang (estet), ternakan, perikanan dan pemprosesan makanan berasaskan pertanian.

Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelatih ke alam pekerjaan berdasarkan Persijilan Kompetensi tersebut  :

  • Sijil Kompetensi Asas Penuaian Sawit
  • Sijil Kompetensi Pekerja Ladang
  • Sijil Kompetensi Penyembelihan Halal
  • Sijil Kompetensi Ternakan dan Pertanian
  • Sijil Kompetensi Teknologi Tanaman Fertigasi Cili
  • Sijil Kompetensi Pembuatan Baja Organik
  • SijiL Kompetensi Pengurusan Serangga Perosak Tanaman

Bidang yang menawarkan program yang membolehkan pelatih mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang telekomunikasi. Program ini bertujuan untuk melahirkan pekerja separa mahir dalam bidang kemahiran telekomunikasi yang melibatkan industri dalam bidang fiber optik, antena dan wireless communication. Kaedah pembelajaran adalah berdasarkan 30-40% teori dan 60-70% amali. Melalui program ini, para pelatih  akan memperolehi kemahiran yang kompeten dalam Low End Equipment Material Installation and Maintenance,Low End Installation Material’s Installation and Maintenance, Fibre Optic Cable Splicing, Transmission Site Survey, Low End Material Troubleshooting, Frequency Scanning, Electrical & Electronic dan dron.

Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelatih ke alam pekerjaan dan membuka perniagaan sendiri berdasarkan Persijilan Kompetensi :

  • Sijil Kompetensi Pemanduan Dron
  • Sijil Kompetensi Pemasangan dan Servis Dron
  • Sijil Kompetensi Fiber Optic Installation & Maintenance

PERLUKAN BANTUAN TENTANG PROGRAM INI?

Tinggalkan mesej kepada kami…

RAKAN STRATEGIK