FESTIVAL KEBUDAYAAN MELAYU 2024

27 Februari – 8 Mac 2024 – Festival Kebudayaan Melayu telah berlangsung pada 27 Februari hingga 8 Mac yang lepas. Festival ini anjuran Kelab Aspirasi Kolej FELCRA.

Tujuan Festival Kebudayaan Melayu diadakan adalah bagi meluaskan pengetahuan berkenaan konsep tradisional di Malaysia dimana ianya semakin dilupakan akibat daripada peredaran zaman yang semakin moden mengikut dunia semasa.

Dalam pada itu, Festival Kebudayaan Melayu juga diwujudkan bagi memberi ruang untuk pelajar bergiat aktif dalam aktiviti sukan yang dilakukan justeru dapat mengamalkan cara hidup sihat tanpa mengira umur, bangsa dan agama.

Aktiviti Festival Kebudayaan Melayu ini sangat baik untuk dilakukan kerana sedikit sebanyak ianya telah membantu merapatkan ukhuwah sesama pelajar, staf, komuniti dan lain-lain.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *