Program Latihan Dual Vokasional (Ausbildung)

Apakah itu Program Latihan Dual Vokasional (Ausbildung)

Program Latihan Dual Vokasional (Ausbildung) ialah program pendidikan dan latihan unik yang menggabungkan pembelajaran bilik darjah dengan latihan sambil bekerja. Pendekatan hands-on ini membolehkan pelajar memperoleh pengalaman berharga sambil memperoleh kelayakan yang diiktiraf oleh industri.

Mengapa memilih Program Latihan Dual Vokasional (Ausbildung) ❓
1️⃣ Dapatkan kemahiran dan pengetahuan yang anda perlukan untuk berjaya dalam pelbagai industri.
2️⃣ Terima latihan sambil bekerja dan timba pengalaman sambil mendapat gaji dalam matawang Euro.
3️⃣ Tiada yuran pengajian: Biasiswa dan pinjaman tersedia untuk calon yang layak.

Siapakah yang layak untuk Program Latihan Dual Vokasional (Ausbildung) ❓
✅ Warganegara Malaysia
✅ Berumur antara 18 hingga 30 tahun
✅ Mempunyai kelayakan minimum SPM atau setaraf
✅ Bersedia untuk mempelajari Bahasa Jerman

Jangan lepaskan keemasan untuk masa depan anak-anak anda!

 

Syarat Kelayakan Bagi Pemilihan Peserta Program Latihan Dual Vokasional (Ausbildung) FESSB & StudyGermany:

KursusSyarat Kelayakan
Kursus Pengurusan Hotel

o       Berumur 18-30 tahun

o       Kelayakan Akademik Minima: SPM

o        Calon yang lulus subjek dibawah dengan minima kredit akan diberi keutamaan:

  • Bahasa Inggeris
Kursus Kejururawatan

o       Berumur 18-30 tahun

o       Kelayakan Akademik Minima: SPM

o        Calon yang lulus subjek dibawah dengan minima kredit akan diberi keutamaan:

  • Bahasa Inggeris
  • Sains (Kimia/Biologi)
  • Matematik
Kursus Teknikal

o     Berumur 18-30 tahun

o    Kelayakan Akademik Minima: SPM

o      Calon yang lulus subjek dibawah dengan minima kredit akan diberi keutamaan:

  • Bahasa Inggeris
  • Sains (Fizik/Kimia)
  • Matematik atau Matematik Tambahan

Bagi calon yang mempunyai kelayakan tahap diploma/ijazah sarjana muda atau yang lebih tinggi, keutamaan diberikan kepada mereka yang mempunyai latar belakang akademik berkaitan dengan kursus yang ditawarkan. Namun begitu, sekiranya ingin menceburi kursus yang berlainan dari kelayakan akademik mereka, keputusan SPM mereka akan menjadi rujukan (seperti jadual di atas).

Walaubagaimanapun, perlu diingatkan bahawa sistem pendidikan Jerman berbeza dengan sistem pendidikan di Malaysia. Tambahan pula, syarikat-syarikat di Jerman juga berkemungkinan mempunyai syarat tambahan bagi memilih pelatih yang layak untuk menyertai program ini di bawah kendalian sesebuah syarikat tersebut.

Sehubungan itu, proses temuduga pemilihan calon pelajar harus diadakan sebagai proses saringan di mana wakil panel temuduga dari StudyGermany akan meneliti beberapa faktor seperti kelayakan akademik, latar belakang calon dan pengalaman bekerja (sekiranya ada). Ini bertujuan untuk mengenal pasti calon pelajar yang berpotensi untuk mengikuti program persediaan Bahasa Jerman dengan jayanya dan mengurangkan risiko bagi pihak StudyGermany mendapatkan tempat perantisan untuk calon-calon di syarikat Jerman kelak.

PERLUKAN BANTUAN TENTANG PROGRAM INI?

Tinggalkan mesej kepada kami…

Untuk memohon, sila tekan disini dan lengkapkan maklumat