DIPLOMA PENGURUSAN PASCA TUAI

DIPLOMA PENGURUSAN PASCA TUAI

(R/0811/4/0005)(03/2029)(MQA/FA10054)

Pengenalan Program : Penawaran kursus adalah bagi melahirkan pelajar yang berkualiti di peringkat diploma dalam bidang Diploma Pengurusan Pasca Tuai bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dan juga memenuhi keperluan pasaran kerja masa hadapan. Kurikulum yang digunapakai adalah berdasarkan kurikulum yang digubal oleh Jawatankuasa Kurikulum Kolej FELCRA dan kurikulum tersebut selaras dengan kurikulum kebangsaan.

Program ini menitikberatkan pembelajaran kepada bidang pengurusan pasca tuai meliputi pengendalian, pembungkusan, penyimpanan, pengangkutan dan pemasaran hasil pertanian. Program ini juga menumpukan kepada pengurusan pasca-tuai hasil tanaman, penternakan dan juga perikanan. Pelajar-pelajar yang menamatkan program ini dapat melayakkan diri ke peringkat ijazah di dalam bidang-bidang seumpamanya yang berkaitan selain berkebolehan untuk memenuhi keperluan pasaran perkerjaan di institusi awam mahupun swasta.

Jam kredit : 90 Jam Kredit

Syarat Kemasukan :
i. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran termasuk LULUS mana-mana mata pelajaran  Sains dan Matematik; atau

ii. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf dengan minimum gred C (NGMP 2.0) dalam mana-mana subjek; atau

iii. Lulus Sijil Keusahawanan, Sijil Asas Perniagaan (Tahap 3, KKM) atau Sijil/Pra-Diploma atau setara dari mana-mana PPT; atau

iv. Lulus Sijil Politeknik/Sijil Kolej Komuniti Tahap 3 dalam mana-mana bidang atau dari mana-mana institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau setara dengannya: atau

v. Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sekurang-kurangnya Tahap 3 dalam bidang berkaitan, atau

vi. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf oleh Lembaga Akademik Kolej; atau

vii. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

Syarat Umur Kemasukan : Tiada

Tempoh Pengajian : 5 semester

Prospek Kerjaya : 

Penolong Pegawai Pengurusan Pasca-Tuai/ Penolong Perladangan/ Penolong Pegawai Pertanian/ Pembantu Penyelidik/ Usahawan

  1. Malaysian Studies II
  2. English Proficiency I
  3. Ko-kurikulum
    Introduction to
  4. Agriculture
  5. Crop Science
  6. Agro-based Industry I (Fieldwork)
  7. Agricultural Chemistry
  8. Introduction to Computer Application

1. Crop Management
2. Postharvest Disease and Insect Control
3. Business Mathematic

  1. Bahasa Kebangsaan / Etika Profesional
  2. English Proficiency II
  3. Introduction to Soil Science
  4. Postharvest Physiology
  5. Postharvest Technology
  6. Postharvest of Livestock Product
  7. Agro-based Technology II (Fieldwork)
  1. Konsep Halal dan Haram Dalam Islam
  2. Agricultural marketing
  3. Product Development and Supply Chain Management
  4. Postharvest Technology Of Fish
  5. Food Processing
  6. Fundamentals of Accounting
  7.  
  1. Baktisiswa
  2. Introduction to Agricultural Economic
  3. Postharvest Food Safety and Quality Management
  4. Diploma Postharvest Project
  5. Entrepreneurship
  6. Human Resource Management
  7. Fundamental of Finance

1. Industrial Training

DAFTAR SEKARANG