DIPLOMA TEKNOLOGI PERTANIAN
DIPLOMA TEKNOLOGI PERTANIAN
(MQA/PA11535-N/621/4/0037-03/2024)
- DIPLOMA SEPENUH MASA
- 2 TAHUN 6 BULAN
- PINJAMAN PTPTN DISEDIAKAN
- YURAN PENGAJIAN DARI
RM 496.70 SEBULAN
Pengenalan Program : Penawaran kursus adalah bagi melahirkan pelajar yang berkualiti di peringkat diploma dalam bidang Diploma Teknologi Pertanian bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dan juga memenuhi keperluan pasaran kerja masa hadapan. Kurikulum yang digunapakai adalah berdasarkan kurikulum yang digubal oleh Jawatankuasa Kurikulum Kolej FELCRA dan kurikulum tersebut selaras dengan kurikulum kebangsaan.
Program ini menitik beratkan pembelajaran kepada bidang berkaitan pertanian seperti sains tumbuhan dan haiwan, pengeluaran tanaman makanan dan ternakan, pengurusan makhluk perosak tanaman, pengurusan tanah, pengurusan ladang serta pengurusan ekonomi dan keusahawanan tani. Pelajar-pelajar yang menamatkan program ini dapat melayakkan diri ke peringkat ijazah di dalam bidang-bidang seumpamanya yang berkaitan selain berkebolehan untuk memenuhi keperluan pasaran perkerjaan di institusi awam mahupun swasta.
Syarat Kemasukan :
i. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-mana matapelajaran termasuk LULUS mana-man mata pelajaran Sains dan Matematik; atau
ii. Lulus STPM atau setaraf dengan minimum gred C (NGMP 2.0) dalam mana-mana subjek; atau
iii. Lulus Sijil Keusahawanan, Sijil Asas Perniagaan (Tahap 3, KKM) atau Sijil/Pra-Diploma atau setara dari mana-mana PPT; atau
iv. Lulus Sijil Politeknik/Sijil Kolej Komuniti Tahap 3 dalam mana-mana bidang atau dari mana-mana institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau setara dengannya: atau
v. Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sekurang-kurangnya Tahap 3 dalam bidang berkaitan, atau
vi. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf oleh Lembaga Akademik Kolej; atau
vii. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
Syarat Umur Kemasukan : Tiada
Tempoh Pengajian : 5 semester
Prospek Kerjaya : Penolong Pegawai Pengurusan Pasca-Tuai/ Penolong Perladangan/ Penolong Pegawai Pertanian/ Pembantu Penyelidik/ Usahawan.
- Malaysian Studies
- English Proficiency
- Ko-kurikulum
- Introduction to Agriculture
- Crop Science
- Agro-based Technology I (Fieldwork)
- Business Mathematic
- Introduction to Computer Application
- Cash Crop Management
- Pest & Disease Technology & Management
- Agricultural Marketing
- Bahasa Kebangsaan
- Etika Profesional
- English Proficiency II
- Horticulture and Landscape
- Industrial Crop Management
- Agro-based Technology II (Fieldwork)
- Agriculture Chemistry
- Konsep Halal dan Haram Dalam Islam
- Animal Production
- Post-harvest Technology and Management
- Fundamentals of Accounting
- Introduction to Agricultural Economic
- Baktisiswa
- Aquaculture Management and Technology
- Mechanization and Agricultural Technology
- Agricultural Extension
- Entrepreneurship
- Human Resource Management
- Applied Mathematics
1. Industrial Training