Sejarah Penubuhan
Profil
Sejarah Penubuhan
Kolej FELCRA telah ditubuhkan pada 25 Mei 2012 di bawah FELCRA Education Services Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat milik penuh FELCRA BERHAD. Pada 18 Januari 2015, Kolej FELCRA telah mula beroperasi bagi pendaftaran pelajar ambilan pertama.
Kolej FELCRA ditubuhkan agar dapat merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat ilmu di peringkat serantau di samping memperkembangkan obligasi sosial (CSR) dan imej korporat FELCRA Berhad selaras dengan moto Kolej FELCRA iaitu “Membina Masa Hadapan dengan Pendidikan”.
Kolej FELCRA terletak di Bandar Baru Seberang Perak, Kampung Gajah, Perak Darul Ridzuan. Penubuhan Kolej FELCRA juga adalah untuk memberi peluang serta menyediakan tempat untuk anak-anak warga FELCRA Berhad khususnya dan masyarakat Luar Bandar amnya untuk mendapatkan latihan dan kemahiran di peringkat Sijil dan Diploma supaya generasi kedua FELCRA Berhad akan lebih berdaya saing dan menambahkan bilangan modal insan yang berguna kepada negara.
