Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan memberi pendedahan kepada peserta tentang maklumat berkaitan amalan penyembelihan halal mengikut kepada Manual Prosedur Pensijilan Halal (Domestik) 2020. Seterusnya peserta dapat mengaplikasikan dan menjalankan amali penyembelihan yang bertepatan dengan kehendak Syarak dan JAKIM. Selain itu, kursus ini merupakan keperluan bagi kursus Penyembelihan Halal (HMP 3443) bagi pelajar semester 4 DPAH dan juga sebagai nilai tambah bagi pelajar MTAQ Ad-Din.
Program kerjasama yang julung kalinya dilangsungkan ini disambut baik oleh kesemua pihak. Satu ceramah khusus tentang sembelihan halal telah disampaikan oleh Ustaz Alif Fatihin yang merupakan Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal, JAIPk. Penjelasan mengenai sembelihan halal, jenis-jenis binatang sembelihan, peralatan, syarat-syarat, cara-cara, kaedah dan teknik yang digunakan serta hikmah dalam sembelihan telah disampaikan oleh beliau dengan jelas.
Seterusnya, peserta berpeluang menjalani amali penyembelihan ayam dipimpin Ustaz Alif Fatihin dan para peserta diberi peluang untuk terlibat dengan aktiviti proses penceluran, mencabut bulu dan memotong ayam.
Pihak Kolej FELCRA, MTAQ Ad-Din dan JAIPk berharap agar program kerjasama seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang supaya dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman yang bermanfaat dan berharga ini.
13 Februari 2024 – Satu Program Sembelihan Halal telah diadakan di Maahad Tahfiz Ad-Din Al-Quran Wal Qiraat, Air Kuning, Perak. Kursus ini dijalankan atas anjuran bersama Diploma Pengurusan Amalan Halal (DPAH), Kolej FELCRA dan Maahad Tahfiz Ad-Din Al-Quran Wal Qiraat, Air Kuning serta Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk). Seramai 80 orang pelajar yang terlibat di dalam kursus ini terdiri daripada pelajar Semester 4 DPAH dan pelajar tingkatan 1 hingga 5 MTAQ Ad-Din.