PROGRAM DERMA DARAH BERSAMA HOSPITAL TELUK INTAN

3 Ogos – Program ini telah berlangsung pada 3 Ogos 2023 hari Selasa bertempat di Lobi Pensyarah Kolej FELCRA. Program ini membuka tirai bagi program sambutan Bulan Kemerdekaan pada bulan Ogos 2023.Seramai 78 orang telah mendaftar dan hanya 61 orang yang layak menderma darah. Program ini mendapat Sambutan luar biasa daripada masyarakat setempat, staf dan para pelajar Kolej FELCRA.
Tahniah & terima kasih kami ucapkan kepada semua yang terlibat kerana sudi menyelamatkan nyawa dengan menderma darah.
Terima kasih kepada Unit Transfusi Darah Hospital Teluk Intan kerana telah memilih Kolej FELCRA untuk menjalankan program ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *