-10 Februari 2025
-Hotel DoubleTree by Hilton Shah Alam
Majlis ini telah dirasmikan oleh Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin, Naib Canselor UiTM, dengan kehadiran Profesor Datin Dr. Suzana Sulaiman, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa UiTM, serta Profesor Dr. Faizah Abd Majid, Ketua Eksekutif iCEPS.
Sebagai tanda penghargaan atas sumbangan Kolej-Kolej Bersekutu (KKB) UiTM dalam menjayakan program akademik, insentif khas telah disampaikan kepada wakil pengurusan KKB. Selain itu, Laporan Impak Kolej-Kolej Bersekutu UiTM turut dilancarkan, mengetengahkan kejayaan pelajar dan impak positif kerjasama ini dalam memperkukuh kebolehpasaran graduan.