Audit Kualiti Akademik Program Usahasama UiTM Tahun 2024

Audit Kualiti Akademik Program Usahasama UiTM bagi tahun 2024 telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 14 dan 15 Januari 2025.

Objektif audit kualiti ini adalah untuk menambahbaik kualiti pengurusan & pentadbiran akademik di Kolej Bersekutu yang menjalankan Program Usahasama UiTM. Disamping itu, audit ini juga diadakan bagi memastikan semua program akademik yang dikendalikan oleh Kolej Bersekutu memenuhi piawaian dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh UiTM. Selain itu audit ini juga adalah untuk menilai pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Code of Practice for Institutional Audit (COPIA) serta menilai kemudahan prasarana yang disediakan oleh Kolej Bersekutu.

Dengan adanya sesi audit kualiti yang juga merupakan acara tahunan ini, ianya dapat membantu Kolej FELCRA untuk lebih maju dalam mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan.