Pada 06 dan 07 Mac 2025, SIRIM QAS Sdn. Bhd. telah melaksanakan audit pematuhan terhadap Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 di Kolej FELCRA. Audit ini bertujuan untuk memastikan tahap pematuhan Kolej FELCRA terhadap standard MS ISO 9001:2015 bagi skop pemberian perkhidmatan pendidikan melalui program sijil dan diploma.
Secara keseluruhan, audit ini mendapati tahap pematuhan Kolej FELCRA adalah baik. Kolej FELCRA berjaya mengekalkan 0 Ketidakakuran (NC) sejak 3 tahun berturut-turut. Ini menunjukkan bahawa proses dan prosedur yang diterapkan oleh Kolej FELCRA adalah selaras dengan standard yang ditetapkan.
Tahniah dan terima kasih kepada semua warga Kolej FELCRA atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam memastikan perlaksanaan audit pematuhan berjalan lancar. Kejayaan ini adalah hasil daripada dedikasi semua pihak dalam mengekalkan standard tinggi dalam pengurusan kualiti Kolej FELCRA.