4 orang pensyarah Kolej FELCRA MeraiH kejayaan Silver Award

Tahniah diucapkan kepada 4 orang pensyarah Kolej FELCRA atas kejayaan meraih Silver Award dalam inovasi International Research & Information Science Expo (iRISE 2025) dan Malaysia-Japan International Conference on Nanoscience, Nanotechnology and Nanoengineering (MJIC 2025) . Inovasi “Growing Agricultural Minds through Early Childhood Education Module” dan “Introducing TVET Program (Agriculture) through Early Childhood Education Module” memperlihatkan pendekatan kreatif dalam mengintegrasikan pendidikan awal kanak-kanak dengan bidang pertanian dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Kejayaan ini membuktikan komitmen para pensyarah dalam menghasilkan penyelesaian yang memberi impak besar kepada masa depan pendidikan dan sektor pertanian. Kajian ini juga akan dibentangkan di 11th the ASIAN Conference on Education & International Development (ACEID) 2025 yang akan berlangsung pada 24 – 29 Mac 2025, Tokyo, Jepun . Didoakan semoga para pensyarah dapat buat yang terbaik serta pulang dengan kejayaan. Teruskan kecemerlangan anda!