MAJLIS AGIHAN BUBUR LAMBUK & MAJLIS BERBUKA PUASA 2024

22 Mac 2024 – Telah berlangsung Majlis Agihan Bubur Lambuk & Majlis Berbuka Puasa 2024 anjuran bersama Kolej FELCRA, Kolej Komuniti Pasir Salak, Masjid Jamek Al Ansar, Adabi dan Syarikat Tamin yang bertempat di Masjid Jamek Al Ansar.

Program dimulakan seawal 8.00 pagi dengan aktiviti merewang yang disertai oleh para kakitangan dan pelajar Kolej FELCRA, Kolej Komuniti Pasir Salak serta pihak Adabi untuk memasak Bubur Lambuk. Lebih daripada 1000 bekas bubur lambuk berjaya dihasilkan dan diagihkan kepada masyarakat sekitar semperna meraikan bulan Ramadan yang mulia ini.

Majlis Berbuka Puasa turut dilaksanakan di Dewan Masjid Jamek Al Ansar dengan anggaran 500 orang jemputan yang terlibat. Antara tetamu yang turut serta adalah Tuan Haji Eisa bin Mohamed, Ketua Eksekutif Kolej FELCRA, Puan Roziah binti Ismail, Pengarah Kolej Komuniti Pasir Salak, En. Abu Talib bin Abd. Rahman, Pengarah Urusan Syarikat Salmi Hj Tamin Sdn. Bhd, AJK Masjid Jamek Al Ansar, pelajar Maahad Tahfiz Madani, para pelajar dan staf Kolej FELCRA dan Kolej Komuniti Pasir Salak.

Ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan Majlis Agihan Bubur Lambuk & Majlis Berbuka Puasa 2024 ini terutama kepada rakan kolaborasi kami Kolej Komuniti Pasir Salak, Masjid Jamek Al Ansar, Adabi dan Syarikat Tamin serta Koperasi FELCRA Seberang Perak atas sumbangan yang diberikan. Diharapkan dengan program yang sedemikian dapat mengeratkan hubungan antara institusi pendidikan serta masyarkat sekitar melalui kerjasama menjayakan program ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *