SOALAN - SOALAN LAZIM
Pertanyaan
SOALAN - SOALAN LAZIM
Kolej FELCRA ditubuhkan pada 25 Mei 2012 dibawah FELCRA Education Services Sdn Bhd iaitu salah satu syarikat milik penuh FELCRA BERHAD.
FELCRA BERHAD merupakan syarikat milik kerajaan yang mana sejak penubuhannya sehingga kini diselia dan bernaung dibawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar & Kementerian kewangan (MOF). Ini bermaksud secara tak langsung Kolej FELCRA beroperasi dengan kemampuan terbaik dari segi kewangan, infrastruktur, kemudahan fasiliti pembelajaran, tenaga pengajar dan pengurusan serta mendapat pengiktirafan di peringkat kerajaan atau Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Buat masa ini, Kolej FELCRA menawarkan dua peringkat pengajian iaitu peringkat sijil dan diploma.
- Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak
- Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak
- Diploma Pengurusan Perniagaan
- Diploma Pengurusan Sumber Manusia
- Diploma Pengurusan Amalan Halal
- Diploma Teknologi Pertanian
- Diploma Pengurusan Pasca Tuai
- Pra Diploma Perdagangan UiTM
- Diploma Pengurusan Ladang UiTM
- Diploma Pengajian Perniagaan UiTM
Setakat ini semua program akademik yang ditawarkan bersifat sepenuh masa sahaja. Walaupun terdapat permintaan untuk mengikuti PJJ, namun atas sebab- sebab tertentu program PJJ masih belum boleh dijalankan. Dari segi sambutan, jumlah permohonan yang diterima masih sedikit dan belum mencapai ‘volume’ yang economical untuk kami menjalankan program seperti ini.
Bahasa pengantar yang digunakan – sebagaimana yang diluluskan oleh MQA – ialah dwibahasa iaitu Bahasa Inggeris/Bahasa Melayu bagi program Diploma, dan Bahasa Melayu bagi program Sijil.
Kolej FELCRA menjalankan usahasama secara akademik dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM). Ini bermaksud pelajar-pelajar yang mengambil program ini akan mengikuti sistem pembelajaran, silibus, peperiksaan, penganugerahan Diploma & Konvokesyen sama seperti yang dilalui oleh pelajar UITM Kampus Induk. Cuma yang berbeza ialah penempatan pembelajaran & peperiksaan pelajar ialah di Kolej FELCRA.
Berikut merupakan sumber pembiayaan yang ada di Kolej FELCRA:-
- Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
- Pengeluaran Pendidikan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
- Dana Bantuan kewangan Pengajian Tinggi Kerajaan Negeri Perak
- Dana Bantuan kewangan Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang
- Dana Bantuan kewangan Pelajaran Negeri Selangor
Pelbagai kemudahan asas disediakan oleh BHEP untuk keselesaan para pelajar. Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti surau, fasiliti sukan seperti gelanggang futsal, gelanggang badminton, bola jaring, bola tampar dan lain-lain. Selain itu, pihak BHEP juga menyelia asrama dengan keperluan di bilik seperti katil, kipas, perabot, serta mesin basuh untuk kemudahan para pelajar. Pihak BHEP juga menyediakan televisyen di kafeteria untuk tontonan para pelajar. Terdapat pelbagai fasiliti lain turut disediakan untuk kemudahan para pelajar seperti mesin air, bilik aktiviti pelajar dan lain-lain.
Kemudahan disekitar kawasan Kolej ialah :
- Klink Kesihatan Kerajaan (Bersebelahan Kampus)
- Farmasi
- klinik Pergigian
- Klinik Swasta
- Masjid
- Mesin Atm
- Agro bank