KERJAYA

Kami merupakan sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta di bawah FELCRA Berhad, Syarikat Milik Kerajaan (GLC) yang terlibat dalam bidang pendidikan serta yang berkaitan dengannya. Selaras dengan perkembangan Kolej, kami mempelawa individu-individu yang berkelayakan, berpengalaman, kreatif, inovatif dan berwawasan bagi mengisi kekosongan jawatan untuk bidang berkaitan sebagaimana berikut:


 

PEREKA GRAFIK (PSH)

1. PEREKA GRAFIK (PSH)

Syarat Kelayakan:
1. Terdiri daripada warganegara Malaysia;
2. Mempunyai sekurang-kurangnya Diploma dalam Seni Reka Bentuk Grafik / Multimedia Kreatif dan setaraf ATAU
3. Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang Seni Reka Bentuk Grafik.
4. Mahir menggunakan Perisian Adobe Illustrator, Adobe Photoshop & Lain-lain perisian suntingan video.
5. Seorang yang kreatif & boleh bekerja lebih masa.
6. Mahir dalam menghasilkan rekaan grafik untuk banner, bunting, poster, flyer & pamphlet.
7. Mahir dalam bidang photographer adalah satu kelebihan.
8. Bertanggungjawab dan komited terhadap kerja yang diberi.


 Gaji yang ditawarkan adalah berdasarkan kelayakan dan pengalaman tertakluk kepada Skim Perkhidmatan FELCRA Education Services Sdn Bhd.


Borang permohonan jawatan kosong FELCRA Education Services Sdn Bhd adalah WAJIB diisi dan boleh dimuat turun menerusi laman web www.kolejfelcra.edu.my atau datang terus ke Kolej FELCRA (Unit Pengurusan Sumber Manusia). Sila hantarkan permohonan lengkap bersama-sama gambar berukuran pasport serta salinan sijil-sijil berkaitan yang telah disahkan ke alamat berikut:-

Ketua Eksekutif
Kolej FELCRA
Bandar Baru Seberang Perak
36800 Kampung Gajah
Perak Darul Ridzuan
(u.p: Penolong Pendaftar – En.Mohd Aizad Ayub)

(Sila tulis nama jawatan yang dipohon pada sebelah kiri sampul surat)

Tarikh Tutup Permohonan:- 02 DISEMBER 2020 (JUMAAT)