FALSAFAH
- Kolej ini dibangunkan berdasarkan cita-cita dan wawasan pengasas dan pemegang saham untuk menjadi sebuah institusi pengajian tinggi yang cemerlang.
- Kolej ini berhasrat untuk menjadi penyedia perkhidmatan pendidikan terkemuka bagi penduduk luar bandar.
- Kolej ini akan berusaha ke arah menghasilkan hubungan terbaik dan berintegriti dengan rakan-rakan strategik bagi memastikan penyampaian perkhidmatan cemerlang dan mematuhi segala peraturan-peraturan yang berkaitan.
- Kolej ini menggalakkan kecemerlangan individu dan kumpulan serta menitik beratkan tenaga kerja yang cekap dan kerja berpasukan.
MISI
- Menawarkan pendidikan berkualiti bertaraf global.
- Mewujudkan perkongsian pintar antara kolej, institusi pendidikan dan industri dalam dan luar negara.
- Menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang berkaitan dengan pertanian dan perladangan.
VISI
- Menjadi sebuah institusi pendidikan yang berteraskan kecemerlangan akademik bagi melahirkan graduan yang berilmu, bersahsiah murni, berdaya saing dan mempunyai nilai kebolehpasaran yang tinggi dalam industri.