DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN UiTM

(MQA/PA7941-N/340/4/0679-04/2021)

Pengenalan Program :

Matlamat utama kursus adalah bagi melahirkan pelajar yang bertaraf profesional dalam bidang Pengajian Perniagaan. Sepanjang dua tahun enam bulan tempoh pengajian yang ditawarkan, pelajar akan didedahkan dengan Pengajian Perniagaan secara menyeluruh, terkini dan secara hands-on.

Pelajar-pelajar akan memperolehi pengetahuan yang meluas dalam kursus-kursus penting yang berkaitan dengan Pengajian Perniagaan seperti keusahawanan, prinsip perniagaan, prinsip pemasaran, pengurusan kewangan, gelagat organisasi dan sebagainya.

Tujuan utama pelaksanaan program ini adalah untuk memenuhi impian dan cita-cita anak bangsa yang ingin melanjutkan pengajian keperingkat tinggi serta melatih mereka dalam bidang Pengajian Perniagaan yang mampu menjana serta menjamin pendapatan.

Syarat Kemasukan :
i. Warganegara Malaysia ; dan ii. Lulus SPM dengan atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus matapelajaran Sejarah.
Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan mendapat kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran :
– Matematik / Matematik Tambahan
– Bahasa Inggeris

Syarat Khas – Lepasan PRA Diploma UiTM :
Lulus Naik Taraf (LNT) program Pra Diploma Perdagangan (PD003) dari UiTM

Syarat Khas – Lepasan APEL (ACCREDITATION OF PRIOR EXPERIENTAL LEARNING) :
– Lulus MQA (ujian Aptitud dan Penilaian Portfolio).
– Berumur tidak kurang daripada 20 tahun pada tahun permohonan.
– Pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya lima (5) tahun.
– Lulus temu duga peringkat fakulti.

Prospek Kerjaya : Eksekutif Pengurusan/ Ahli Perniagaan/ Usahawan/ Perancang Perniagaan/ Penolong Pegawai Pemasaran/ Penolong Pegawai Pengurusan/ Menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.