DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN

(MQA/PA7942-N/010/2/0001-06/2023)


Pengenalan Program : Program ini diwujudkan untuk memberikan pendidikan lengkap kepada orang ramai berkenaan kegiatan menjalankan dan mengekalkan perniagaan. Pelajar jurusan perniagaan bukan sahaja diajar berkenaan asas-asas pengurusan tetapi mereka juga akan didedahkan kepada situasi sebenar sebagai bahan kajian bagi meralisasikan prinsip-prinsip berkenaan. Pengalaman pertama yang ditimba sesungguhnya amat bermakna untuk mengenali dunia sebenar perniagaan. Program ini juga dapat menyediakan kemahiran-kemahiran penting perniagaan termasuk Pengurusan, Pemasaran, Perakaunan, Keusahawanan dan Komunikasi Perniagaan.


Jam kredit : 90 Jam Kredit


Syarat Kemasukan : i. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) kepujian dalam mana-mana matapelajaran; atau ii. Lulus Sijil Keusahawanan, Sijil Asas Perniagaan , Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak atau Sijil / Pra Diploma atau setara dari mana-mana Institut Pengajian Tinggi; atau iii. Lulus Sijil Politeknik / Sijil Kolej Komuniti (Tahap 3 KKM) dalam mana-mana bidang atau dari mana-mana institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau setaraf dengannya; atau iv. Lulus SPM dengan mendapat 1 kredit dalam mana-mana matapelajaran dan memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sekurang-kurangnya tahap 3 dalam bidang berkaitan; atau v. Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.


Syarat Umur Kemasukan : Tiada


Tempoh Pengajian : 5 semester


Prospek Kerjaya : Usahawan / Membuka Syarikat Sendiri.