DIPLOMA PENGURUSAN AMALAN HALAL

(MQA/PA9257-N/345/4/1070-12/2022)


Program ini diwujudkan bagi membantu meningkatkan pertumbuhan industri / produk halal negara disamping melahirkan modal insan yang lebih arif dalam bidang halal dalam merialisasikan Malaysia sebagai pusat hub halal antarabangsa dan kewangan islam global.


Jam kredit : 91 Jam Kredit


Syarat Kemasukan : i. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) kepujian dalam mana-mana matapelajaran, DAN LULUS SPM dalam matapelajaran Pendidikan Islam / Tasawwur Islam / Quran Al-Sunnah / Syariah Islamiah / Bahasa Arab Komunikasi / Bahasa Arab Tinggi atau; ii. Lulus Sijil (Tahap 3 KKM) dalam mana-mana bidang atau dari mana-mana institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau setaraf dengannya; atau iii. Lulus SPM dengan mendapat 1 kredit dalam mana-mana matapelajaran dan memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sekurang-kurangnya Tahap 3 KKM dalam bidang berkaitan; atau iv. Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia; v. Kelayakan lain yang setaraf dengan sijil (Tahap 3 KKM).


Syarat Umur Kemasukan : Tiada


Tempoh Pengajian : 5 semester


Prospek Kerjaya : Penolong Pegawai Tadbir Agama di mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri, Eksekutif Pensijilan Halal, Eksekutif Penguatkuasa Sijil Halal / Eksekutif RND dalam Produk Halal, Penolong Eksekutif di mana-mana syarikat/firma/organisasi.