UCAPAN KETUA EKSEKUTIF

Assalamualaikum WarahmatullahI Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera,

Selamat datang kepada tuan/puan dan terima kasih kerana mengunjungi laman sesawang Kolej FELCRA.

Kolej FELCRA yang ditubuhkan pada 25 Mei 2012 dibawah FELCRA Education Service Sdn Bhd merupakan anak syarikat milik penuh FELCRA Berhad. Sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), FELCRA Berhad meluaskan tanggungjawabnya untuk membina bangsa dengan peradaban unggul dengan menubuhan sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang dikenali sebagai Kolej FELCRA.

Selaras dengan motto "Membina Masa Depan Dengan Pendidikan" , Kolej FELCRA berhasrat untuk melahirkan graduan seimbang menerusi kokurikulum bersepadu yang menggabungkan kemahiran insaniah dan kecermelangan akademik. Menerusi gabungan ini ,para pelajar akan memiliki jati diri yang tinggi dan mampu mengharungi cabaran globalisasi.

Bagi menggalas tanggungjawab ini, Kolej FELCRA telah merangka program-program diperingkat sijil dan diploma yang mampu memenuhi keperluan para pelajar dan kehendak industri. Insya Allah. Bagi meningkatkan sumbangan kepada masyarakat dan negara, Kolej FELCRA mensasarkan untuk dinaiktarafkan statusnya kepada Kolej Universiti menjelang 2020 dan ini akan meluaskan skop penglibatannya sebagai institusi pendidikan tinggi yang disegani diperingkat kebangsaan dan antarabangsa.

Saya percaya dengan sokongan semua pihak dan dukungan FELCRA Berhad,Kolej FELCRA akan mencipta namanya menerusi kejayaan demi kejayaan diperingkat kebangsaan dan antarabangsa.

Sekian, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

DR.ZAINI BIN JAMALUDIN
Ketua Eksekutif
Kolej FELCRA