KERJAYA

Kami merupakan sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta di bawah FELCRA Berhad, Syarikat Milik Kerajaan (GLC) yang terlibat dalam bidang pendidikan serta yang berkaitan dengannya. Selaras dengan perkembangan Kolej, kami mempelawa individu-individu yang berkelayakan, berpengalaman, kreatif, inovatif dan berwawasan bagi mengisi kekosongan jawatan untuk bidang berkaitan sebagaimana berikut:


 

PENGURUS PEMASARAN (KONTRAK)

PENGURUS PEMASARAN (KONTRAK)

SYARAT KELAYAKAN:-

1) Terdiri daripada warganegara Malaysia;
2) Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pemasaran atau yang berkaitan dari Universiti yang diiktiraf oleh MQA dan JPA.
3) Keutamaan kepada calon yang mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman dalam pemasaran akademik (kolej swasta);
4) Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik (pertuturan dan penulisan);
5) Amanah, bertanggungjawab, rajin dan cepat belajar;
6) Sanggup bekerja di luar waktu pejabat;
7) Bermotivasi, proaktif, boleh bekerja secara berkumpulan serta komited dalam mencapai sasaran yang diberikan;
8) Berkebolehan mengendalikan komputer dengan baik (mahir dengan perisian Microsoft Office & Internet).


 Gaji yang ditawarkan adalah berdasarkan kelayakan dan pengalaman tertakluk kepada Skim Perkhidmatan FELCRA Education Services Sdn Bhd.


Borang permohonan jawatan kosong FELCRA Education Services Sdn Bhd adalah WAJIB diisi dan boleh dimuat turun menerusi laman web www.kolejfelcra.edu.my atau datang terus ke Kolej FELCRA (Unit Pengurusan Sumber Manusia). Sila hantarkan permohonan lengkap bersama-sama gambar berukuran pasport serta salinan sijil-sijil berkaitan yang telah disahkan ke alamat berikut:-


Ketua Eksekutif
Kolej FELCRA
Bandar Baru Seberang Perak
36800 Kampung Gajah
Perak Darul Ridzuan
(u.p: Penolong Pendaftar – En.Mohd Aizad Ayub)


(Sila tulis nama jawatan yang dipohon pada sebelah kiri sampul surat)
Tarikh Tutup Permohonan:- 15 JANUARI 2020 (RABU)