SEJARAH PENUBUHAN

Kolej FELCRA telah ditubuhkan pada 25 Mei 2012 di bawah FELCRA Education Services Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat milik penuh FELCRA BERHAD. Ia ditubuhkan agar dapat merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat ilmu di peringkat serantau di samping memperkembangkan obligasi sosial (CSR) dan imej korporat FELCRA Berhad selaras dengan motto Kolej FELCRA iaitu " Membina Masa Hadapan Dengan Pendidikan".

Kolej FELCRA terletak di Bandar Baru Seberang Perak, Kampung Gajah, Perak Darl Ridzuan.

Penubuhan Kolej FELCRA juga adalah untuk memberi peluang serta menyediakan tempat untu anak-anak Warga FELCRA Berhad khususnya dan masyarakat Luar Bandar amnya untuk mendapatkan latihan dan kemahiran di peringkat Sijil dan Diploma supaya generasi kedua FELCRA Berhad akan lebih berdaya saing dan menambahkan bilangan Modal Insan yang berguna kepada Negara.